Thursday, September 19, 2013

"siapakah engkau dan apakah namamu?"

Adam diberi tempat di dalam syurga. Makanan dan minuman tersedia ada. Dan setiap apa yang diinginkan semuanya cukup, sempurna. Namun, tetap Adam merasa sepi dan sunyi. Dia inginkan seorang pedamping di sisi. Allah SWT tahu akan kesepian yang melanda hati Nabi Adam. Dengan sifat-Nya yang maha mengasihani, maka Allah ciptakan satu lagi makhluk yang serupa dengan Adam cuma kali ini ia adalah wanita.

Ketika itu Adam sedang tidur. Allah SWT menciptakan isteri Nabi Adam dari tulang rusuk kirinya. Setelah Nabi Adam terjaga dari tidurnya, dia terlihat seseorang berada di sampingnya lalu ditanya kepadanya,
"Siapakah engkau? Dan apakah namamu?"

..........



sedangkan Nabi Adam yang dah diberi segala kesempurnaan di syurga, masih merindui untuk seseorang berada di sampingnya, inikan kita manusia biasa..

bak kata judika, "setengah mati merindu" ...

apa pun memang itulah lumrah kita, lumrah manusia. akan bersedih, rindu, inginkan seseorang di sisi, bila keseorangan.

golongan yang takda pasangan, takda bf/gf, solo, (macam pemilik blog ni), mesti selalu inginkan ada orang, yang ambil berat, untuk berbual, untuk mengucapkan selamat malam sblm tidur...
golongan yang dah berpasangan, rindu leww kat pasangan masing-masing, terbayang-bayang wajah masuk ke mimpi, makan tak kenyang, mandi tak basah...
TAPI ada juga golongan kedua tadi spesis yang bukan rindu bayang, tapi dia cari jalan pasang lagi satu konon dengan alasan kesunyian.. macam dalam citer "istanbul aku datang", study luar negara, cari awek lain... haizzz

pernah juga terbaca ...

"God gave us two hands to held, two legs to walk, 
two eyes to see, two ears to hear, 
but why did He gave us only one heart?
because He gave the other one to someone else for us to find"

so.. memang cacatlah siapa yang takda nafsu langsung untuk berpasangan, apatah lagi spesis terencat yang berpasangan tapi dengan sejenis...

dalam dunia ada beberapa benda atau perkara yang sangat tinggi nilainya, tak mampu dibeli dengan duit.. antaranya ialah perasaan mencintai seseorang, dan orang yang mencintai kita. haa, mahal tu, bukan boleh bayar duit nak suruh orang suka kita. jadi kalau ada orang suka kita, dia nyatakan perasaan dia kat kita, hargailah dia. (awak tolong hargai saya kerana saya sangat menyayangi awak) (cewahh). kalau tak suka, nak tolak pun, tolak dengan elok, jangan melukai hati dia..

dalam citer "syurga cinta" pun, syuhadah yang dilakonkan oleh pelakon bermata kucing yang comel giler, heliza helmi, dinasihatkan oleh ayahnya,

"jodoh ada tiga jenis ....
jodoh dari syaitan... berkenalan, berpegang tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.
jodoh dari jin... berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh
dan disihirkan sebelah pihak sehingga tunduk mengikut perintah lalu bernikah.
jodoh dari Allah... cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah syurga cinta."

hew hew hew,, terkentut kentut aku post pasal cinta kali ni >_<
ye, aku takkan post cenggini melainkan aku sedang merasakannya. merindui seseorang, seseorang yang aku tak pasti sesiapa, inginkan seseorang mendampingi diri ini... macam nabi adam yang kesunyian di dalam syurga tadi :)

*cinta pada manusia berpada-pada, jangan sampai Allah cemburu dengan kita*



..........

Mendengar Nabi Adam bertanya, "Siapakah engkau? Dan apakah namamu?"
Dia menjawab, "Aku adalah wanita, dan aku masih belum mengetahui namaku lagi."

Nabi Adam berasa sungguh gembira melihat wanita di hadapannya lalu berkata,
"Engkau aku berikan nama Hawa, yang bermaksud dia yang aku rindui."
Dengan kehadiran Hawa di syurga itu, hilanglah sudah kesepian Nabi Adam a.s.

No comments:

Post a Comment