Monday, September 16, 2013

"our heart, our responsibility"

kadang-kadang hujan tiada guruh
tidak semestinya mendung akan hujan
tiada lagu tanpa irama
bukan lirik yang membawa makna
tapi persepsi jiwa yang mentafsirkannya
tak perlu ungkapan, tawa dan nangis
bunyi dan melodi hanya sempadan
tanggapan itu sesekali silap
kerana ia tak selalu yang diharap
bukan salah orang mengerti
ekspresi diri hak peribadi
sememangnya naluri ingin dikasihi
ingin disayangi ingin dijagai
hakikat mata tak lihat yang tersirat
hanya yang ikhlas sudi menyingkap
usah bergantung pada yang sedarjat
peliharalah ia 
kerana ianya hanya satu yang wujud dalam setiap insan




"ingatlah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging, 
jika ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya 
dan apabila ia buruk maka buruklah seluruh tubuhnya. 
ingatlah ia adalah hati"

[HR Bukhari dan Muslim]

No comments:

Post a Comment