Wednesday, October 16, 2013

"sandiwara dunia..."

"kau ni macam ada masalah je..."
"kau okay tak wey?"

hampir setiap hari dia tanya aku soalan yang sama. tapi memang stail aku, aku try sembunyikan segala masalah dan hanya memaparkan kegembiraan, tapi dia berjaya menyelak di sebalik 'topeng' di mukaku.

aku selalu berfikir, tiada siapa yang mungkin boleh faham perasaan aku, mungkin kerana orang di sekililing aku pada ketika ini tidak mempunyai pemikiran yang sama denganku. bukanlah sesukar mana masalahnya, cuma senang kata, aku rindu berada dalam suasana belajar. namun, sikap ingin tahu dia yang sangat tinggi, satu hari aku keluar dengannya, ke kedai mamak, minum teh tarik,, sembang-sembang...

aku cerita dari A sampai Z.. dari aku sekolah, sampai lah sekarang, kononnya itulah sejarah hitam dalam hidup aku.. segalanya aku luahkan, dan aku berterima kasih kerana dia sudi mendengar segalanya.

dalam aku bercerita, aku cuba wujudkan suasana konon-konon sedih la, mungkin untuk memudahkan dia memahami apa yang aku rasa. kemudian... selepas mulutku tertutup, mulutnya pula berbicara.

aku terkejut.. dan aku tewas.. suasana yang dia wujudkan lebih hebat dari aku. meremang bulu roma aku. perkataan "api" dan "adik" dia ulang berkali-kali. kemudian aku sedar, bukan aku sahaja yang bermasalah di sini, dia juga ada sesuatu yang ingin dikongsi tapi sukar diungkap. aku terus mendengar dan menunggu.

"aku boleh cakap, aku tak sengaja.. tapi satu kampung tahu.. akulah yang bakar adik aku"

adiknya yang mungkin sebaya aku, sekarang cacat bahagian kiri badan dan tangannya, akibat melecur terbakar. berlaku semasa mereka bermain mercun waktu kecil dulu. adiknya berubah menjadi seorang yang pendiam, berdendam atau tidak, dia pun tak pasti. dan sampai sekarang, orang kampung gelar adiknya "robot". sebaliknya panggilan itu bukanlah sebetulnya menusuk ke sanubari adiknya, tapi pada diri dia sendiri.

setiap hari bekerja di dapur, masak, berhadapan dengan api, katanya, dia sering teringat peristiwa itu.
"kenapa lah aku buat adik aku macam tu..."

......

manusia sering bertanya.

mana lagi? apa lagi? siapa lagi?

segala yang ada di depan mata tak pernah mencukupi.

kita tak pernah puas dengan apa yang kita peroleh.

pabila dikurniakan nikmat,

kita persoalkan nikmat orang lain yang lebih dari yang kita perolehi.

tatkala diuji dengan kesulitan,

kita berharap orang lain memahami masalah kita seolah hanya kita yang ada masalah.

"Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit,
maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak"
[HR Ahmad]

......

hidup ini di kalangan manusia. masing-masing ada cerita nya sendiri. kata-kata pengetua sekolahku dulu yang masih segar,

"hidup aku ini satu cerita, akulah pengarahnya, akulah penulis skrip, akulah pelakonnya. jadi akulah yang menentukan macam mana corak jalan cerita ini dan bagaimana ia akan berakhir. begitu juga dengan anda semua"

bermakna kat atas muka bumi ini, kalau ada 100 billion manusia, maka ada 100 billion cerita yang wujud. dan semuanya berbeza. tak semua cerita indah. tak semua cerita duka. dan tak semua cerita boleh dikongsi. terlalu asyik memandan yang di atas, sesekali kita toleh yang dibawah. ada cerita yang lebih sukar dari cerita kita yang kita rasa sangat sangat lah susah untuk kita teruskan 'cerita' ini. sehingga ada yang lemah pegangannya, penamat ceritanya tergantung seperti mana dia menggantung dirinya sendiri, dia tamatkan ceritanya di tengah jalan; terjun bangunan, minum racun dan seumpamanya.

jadi belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang di depan mata kita dengan seadanya.