Wednesday, May 9, 2012

pensel.

   ok. tiba-tiba tergerak nak buat blog. tak tau apa yang best nye. takpela. buat je. untuk kali pertama ini. takda apa sangat nak citer. nak letak tajuk pun tak tau apa.

   dah letak url blogger ni kertas dan pensel. nak citer sikit la. tu yang letak tajuk untuk post ni "pensel". hidup kita manusia ni macam pensel. bukan pensel tekan2 eh, pensel kayu. makin lama makin pendek. sama macam kita. patutnya kita sambut bday tu rasa sedih, rasa takut. tapi da jadi trend, bday hu ha hu ha. nyanyi, seronok, bergembira. sebenarnya, bila kita sambut bday, umur kita makin pendek, macam pensel. sebab tu kita kene slalu sedia untuk hadapi kematian.


   pensel ni pun, kadang2 tajam, kadang2 tumpul. bila tajam, semua hasil tulisannye nampak cantik. kemas. tapi kalau tumpul, tulisan nampak comot. sebab tu dalam idup ni, kita mesti selalu bersedia dan fokus dalam setiap apa yang kita lakukan. nak tajamkan pensel yang tumpul camne? kene la ada pisau ke, pengasah pensel ke. sebab tu ada nya ibu bapa, guru, rakan pembimbing, kaunselor. mereka tu lah yang boleh membantu kita menyedarkan bila kite terlalai. kadang2 ada jenis pensel ni, da asah kene pengasah pensel pon, dia tak tajam. asah asah asah, da tajam, pastu mata pensel tu patah pulak. ha. yang ni bergantung pada diri kita. orang lain cume boleh bantu kita, tapi yang nak berubahnya, diri kita sendiri.

   ok lah. cukuplah tu untuk setakat ini. harap harap, aku tak bosan menaip untuk mengisi ruang ruang di blog yang aku baru buat ini.



aku suka pensel stabilo :)

No comments:

Post a Comment