Tuesday, February 18, 2014

tips menguruskan badan

"Tadaa ! Welkam tu mit veli mega mol !"
kata Si Tupai kepada kepada Harimau Kumbang keghairahan...
Harimau Kumbang pun mengempiskan perutnya sebagai tanda ke'eksaitad'an
mereka pun berjalan jalan jalan jalan jalan jalan.. berjalan jalan jalan jalan...
tengok kasut... tengok baju... tengok seluar... naik tangga magic yang bergerak...
lalu depan mekdi... tengok orang main baling bola atas lantai... tengok poster robocop...

tiba tiba !!!!
langkah mereka terhenti !!!
Harimau Kumbang memandang Si Tupai...
Si Tupai memandang Harimau Kumbang...
apa yang berlaku????

jeng jeng jeng...

dengan berlatarkan lagu you're beautiful dari james blunt... seperti ditiup bayu angin mengerbangkan bulu-bulu mereka... ekor Si Tupai melambai-lambai mengikut gerak angin.. bagai terawang-awang dibuai kereta myvi SE berwarna biru.. tenangnya jiwa... sejuk mata memandang...

dari jauh, dia berjalan keseorangan... bagai diva yang sedang menampakkan kelaparannya...
Burung Kakaktua sedang catwalk...

tapi hakikatnya yang harus diterima, bukan itu yang mengujakan Si Tupai dan Harimau Kumbang... tetapi..

Burung Kakaktua terus menuju ke pintu rahsia.. sebaik sahaja dia masuk ke pintu tersebut... pintu itu tertutup... 10 saat kemudian... dengan kuasa magic yang tak tahu dari mana.. Kakatua yang tembam itu telah bertukar menjadi Si Bangau yang lebih kurus anggun!!!

Si Tupai & Harimau Kumbang : WOW!!! MAGICNYA!! 

"akhirnya... pintu magis yang mampu menguruskan badan yang aku idamkan selama ini..."
Harimau Kumbang menangis kegembiraan...
"hey Tupai! jom masuk situ.. saya dah lama nak idamkan untuk memiliki badan seperti aaron aziz ni"

baru dua langkah mereka hendak menuju ke pintu tersebut... turun pari-pari dari kayangan di hadapan mereka.. nampak seperti boleh dimakan. tapi tidak seperti yang dijangka. ia mampu berkata-kata!

berdirilah Si Kacang di hadapan mereka cuba melontarkan seberapa banyak fakta...
"ayah saya ada cakap.. itu bukan pintu magic seperti yang awak semua fikirkan. ia dipanggil lif atau elevator. ia adalah sebuah kotak yang mampu membawa kita ke tempat lain pada kelajuan 100meter/saat. 
namun jangan sedih... saya tahu apa yang anda inginkan.. menurut buletin utama episod 217... ini petua makanan yang mampu membantu anda untuk menurunkan berat badan..

1. Oat :
Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar anda. Oat mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol .

2. Telur: 
Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur membantu kita untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik .

3. Epal :
Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain. Paling penting ia mengandungi pektin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.

4. Green Cili :
cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu untuk membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.

5. Bawang putih:
Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti -bakteria membantu kita untuk mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik .

6. Madu: 
Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan minum setiap hari pada awal pagi .

7. Teh Hijau: 
Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan kita .Amik 2 cawan setiap hari teh hijau ini untuk hasil yang lebih baik.

8. Rumput Gandum (WHEAT GRASS) : 
Ia meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak.

9. Tomato :
Tomato membantu kita untuk membakar lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu kita untuk menjauhkan diri dari kanser. Jadi Ambil tomato dalam diet anda secara berkala.

10. Coklat Gelap :
Coklat gelap mengandungi Flavonoid, ciri-ciri anti -radang yang membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan serotonin dalam darah dan juga membakar lemak."

Tanpa mereka sedari... sedang Si Kacang asyik bercerita dan Harimau Kumbang sedang tekun berdengar.. Si Burung Kakatua sedang leka mencatat setiap informasi yang didengari langsung menukar gambar di teponnya dengan gambar wanita yang lebih seksi sebagai pencetus inspirasi untuk dia mencapai cita-citanya..

Si Bangau pun ketawa berdekah-dekah sambil menutup mulutnya....



Sambil bermain FIFA, Si Zirafah turut bersuara...
"just be yourself... settle."

No comments:

Post a Comment